suria

Shah Iskandar Akui Selesa Dampingi Rozita Che Wan

Shah Iskandar
Shah Iskandar
Shah Iskandar

PETALING JAYA: Pelakon Shah Iskandar mengakui berasa selesa berdampingan dengan aktres Rozita Che Wan kerana sikap wanita itu yang ceria dan berfikiran positif.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 30, berkata, sikap mesra Rozita yang dikenali selepas mereka berlakon dalam dua telefilem iaitu Kiah Ke Jepun dan Anak Ikan serta drama bersiri Kiah Spy sekitar tiga bulan lalu menyenangkannya.

"Saya senang dengan sikap Rozita yang kelakar dan peramah. Dia menceriakan suasana ketika di lokasi penggambaran dengan kelucuan dan kemesraannya.

"Kebetulan pula, kami terlibat dalam tiga projek bersama, secara tidak langsung hubungan bertambah rapat," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Menerusi mStar Online pada 23 November lalu, Shah menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan Rozita sejak terlibat dalam penggambaran bersama sehingga menimbulkan perasaan cemburu kepada aktor Zain Saidin.

Diusik mengenai perkembangan hubungan itu, Shah berkata, keintiman mereka bagaimanapun hanya berlaku di lokasi penggambaran dan tidak berlanjutan sehingga ke luar.

"Memang kami rapat ketika bekerja di lokasi tetapi saya tidak terfikir sampai ke tahap untuk mengajak dia keluar.

"Setakat ini, kami tidak pernah keluar bersama. Apabila membincangkan mengenai gosip ini kami tergelak kerana nama saya pula sudah termasuk dalam senarai lelaki yang dikaitkan dengannya," katanya.

Aktor yang berasal dari Singapura itu berkata, dia menghadapi gosip tersebut dengan tenang biarpun terus dihujani pelbagai persoalan mengenai cerita itu.

"Ini kali pertama saya terkena gosip begini dan kebetulan pula dengan Rozita.

"Saya tiada masalah dan tenang sahaja hadapinya walaupun rakan-rakan dan keluarga ada bertanya mengenai kesahihan gosip itu," katanya.

Terbaru, Shah sedang terlibat dalam penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra untuk RTM.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain