suria

Rossa Terus Pakai Tudung Sehingga Akhir Disember

Wajah Rossa ketika bertudung. Foto: inilah.com
Wajah Rossa ketika bertudung. Foto: inilah.com
Wajah Rossa ketika bertudung. Foto: inilah.com

JAKARTA: Penyanyi Rossa yang berazam untuk menutup aurat dengan memakai tudung selama 40 hari selepas pulang daripada mengerjakan ibadah haji berhasrat memanjangkan lagi niatnya itu.

Portal inilah.com melaporkan, Rossa yang selesai menunaikan haji pada 2 November lalu dan tempoh ‘niatnya’ itu tamat pada Selasa mahu memanjangkan azamnya sehingga akhir Disember ini.

“Hari ini (Selasa) sudah cukup 40 hari. Sampai Disember ini (memakai tudung) Insya-Allah,” katanya pada pelancaran albumnya 'Masterpiece', di Jakarta Selatan, di sini pada Selasa.

Bagaimanapun kata Rossa, disebabkan kontrak yang sudah ditandatangani sebelum ini membuatkan dia terpaksa membuka tudung bagi persembahan tertentu.

Tambahnya, selain bertudung, penampilan ketara lain yang dapat dilihat ialah daripada segi corak berpakaian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain