Nad Zainal Bukan 'Anak Emas' TV3 - Hiburan | mStar

Nad Zainal Bukan 'Anak Emas' TV3

Nad memberitahu peluang yang diberikan oleh pihak TV3 untuk menerajui dua buah drama tersebut adalah satu kepercayaan bermakna buatnya.
Nad memberitahu peluang yang diberikan oleh pihak TV3 untuk menerajui dua buah drama tersebut adalah satu kepercayaan bermakna buatnya.

PETALING JAYA: Pelakon yang sedang meningkat naik, Nad Zainal menjelaskan kemunculannya dalam dua buah drama bersiri iaitu Bukan Bidadari dan Putera Rayyan di saluran TV3 bukan bererti dia kini 'anak emas' stesen popular itu.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 22, sebaliknya berkata, peluang yang diberikan oleh pihak TV3 untuk menerajui dua buah drama tersebut adalah satu kepercayaan bermakna buatnya.

"Sejujurnya saya tidak pernah melihat kemunculan kerap saya di TV3 telah menjadikan saya 'anak emas' stesen itu sebaliknya ia adalah penghargaan dan kepercayaan yang cukup besar buat saya semenjak terlibat dalam dunia lakonan sejak tahun 2007.

"Saya juga sedar bukan mudah untuk muncul di TV3 tambahan pula saya adalah pelakon baru dan peluang berlakon dalam dua buah drama bersiri itu sangat saya hargai," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah Nad, dia juga tidak menolak kemunculannya di stesen itu telah membuatkan dia semakin dikenali oleh peminat dan membuka peluang kepadanya untuk terus mengembangkan kerjaya seninya.

"Alhamdulillah tahun 2012 telah membuka banyak ruang kepada saya dan diwarnai dengan detik-detik manis dan berharap ia akan terus berkembang pada tahun hadapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Nad berkata, populariti yang dikecapi menerusi dua buah drama di stesen tersebut bukanlah bererti dia tidak akan menerima tawaran berlakon untuk saluran lain selepas ini.

Sebaliknya kata Nad, dia ada berlakon untuk drama untuk stesen lain seperti RTM, TV9 dan Astro selain tidak pernah terlalu memilih tentang tawaran yang diterimanya.

"Saya tidak pernah meletakkan sebelum menerima sebarang tawaran stesen apakah yang akan menyiarkan drama tersebut malah sebelum ini banyak juga drama yang saya berlakon disiarkan di saluran lain selain TV3," katanya.

Sementara itu, Nad memberitahu dia lebih gemar menerima satu tawaran pada setiap masa dan tidak mahu mengejar banyak projek kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen.

"Syukur tawaran berlakon memang banyak tetapi saya hanya akan ambil satu pada satu-satu masa kerana bimbang lakonan terjejas sekiranya menerima banyak dalam satu masa.

"Lebih baik buat apa yang termampu dan dapat memberikan kepuasan bukan sahaja kepada pihak produksi, penonton malah diri sendiri," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rashidi Ishak Tidak Puas Berlakon Drama

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain