Rumah Tangga Orlando Bloom dan Miranda Kerr Retak - Hiburan | mStar

Rumah Tangga Orlando Bloom dan Miranda Kerr Retak

Hubungan Orlando Bloom (kanan) dan Miranda Kerr dikatakan sedang dilanda badai.
Hubungan Orlando Bloom (kanan) dan Miranda Kerr dikatakan sedang dilanda badai.

RUMAH tangga pasangan Orlando Bloom dan Miranda Kerr dikatakan sedang dilanda badai apabila hubungan mereka dikhabarkan sedang bermasalah sehingga membuat keputusan untuk berpisah.

Menurut laporan majalah In Touch, spekulasi hubungan pasangan itu mula retak apabila Miranda beberapa kali muncul di khalayak tanpa memakai cincin pernikahannya.

"Buat masa ini mereka memutuskan untuk berpisah dan membuat hal masing-masing untuk redakan keadaan," kata sumber terdekat pasangan itu.

Dalam pada itu, model pakaian dalam jenama Victoria's Secret itu sempat bermain mata dengan aktor Leonardo DiCaprio.

Malah Miranda dan Leo hampir tercium pada majlis ulang tahun aktor itu pada November lalu dan pernah dilihat makan malam bersama.

Bagaimanapun jurucakap Orlando dan Miranda yang telah pun memeiliki seorang anak lelaki bernama Flynn menyangkal dakwaan tersebut.

Artikel Sebelum

Nelydia Senrose Belum Ada Kekasih

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?