Miera Leyana Rasai Kepuasan Kerana Watak Siti Hasmah - Hiburan | mStar

Miera Leyana Rasai Kepuasan Kerana Watak Siti Hasmah

Miera mengakui jatuh cinta dengan pentas teater dan mahu beraksi lagi jika mempunyai peluang.
Miera mengakui jatuh cinta dengan pentas teater dan mahu beraksi lagi jika mempunyai peluang.

PETALING JAYA: Aktres Miera Leyana berasa puas apabila berjaya membuktikan kemampuannya apabila berjaya membawa watak tokoh Tun Siti Hasmah Mohd Ali semasa muda pada pementasan semula Tribute Teater Tun Siti Hasmah.

Miera, 19, berkata, pada mulanya dia ragu-ragu untuk menggantikan Lisa Surihani pada di saat-saat akhir namun menyedari ia adalah perkara terbaik untuk kerjayanya.

"Bayangkan saya cuma ada lebih kurang sembilan jam sahaja untuk menghafal skrip, tarian, pergerakan di atas pentas dan sebagainya tambahan pula pada hari pementasan saya kurang sihat.

"Namun saya tidak mahu jadi seorang yang pengecut dan tetap meneruskan cabaran yang diberikan kepada saya oleh kak Erma (Erma Fatima) dan melunaskan kepercayaan beliau kepada saya.

"Malah saya kak Erma berasa bangga dengan persembahan kali pertama saya itu," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Teater berkenaan pada mulanya diadakan dari 9 hingga 19 November lepas tetapi dilanjutkan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 pada 27 November hingga 1 Disember lalu.

Miera Leyana menggantikan pelakon asalnya Lisa Surihani kerana aktres itu terikat dengan jadual penggambaran lain

Dalam pada itu, Miera berkata, dia juga terharu apabila banyak pihak yang memuji lakonannya sebagai Siti Hasmah walaupun itu adalah kali pertama dia berbuat demikian.

Ujarnya, kata-kata positif yang diberikan telah membuatkannya semakin berkeyakinan dan bersemangat untuk terus menyemarakkan pentas teater selepas ini.

"Saya memang meminati dunia lakonan dan percubaan kali pertama di pentas teater telah membuka lagi ruang untuk saya mengembangkan bakat yang ada.

"Sudah pasti teater tersebut bukan yang terakhir buat saya dan sekiranya ada peluang saya akan cuba lagi," jelasnya.

Sementara itu, Miera kini sedang sibuk dengan beberapa tawaran lakonan dan berharap tahun 2013 akan memberikan sinar baru dalam kerjaya sebagai seorang pelakon.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan