suria

Fizo Dinasihati Tidak Buat Kerja Berat Selepas Pembedahan

Fizo sambil memegang bahagian tangan kirinya yang baru dibedah akibat ketumbuhan kecil.
Fizo sambil memegang bahagian tangan kirinya yang baru dibedah akibat ketumbuhan kecil.
Fizo sambil memegang bahagian tangan kirinya yang baru dibedah akibat ketumbuhan kecil.

KUALA LUMPUR: Pelakon Fizo Omar dinasihatkan tidak melakukan kerja-kerja berat buat sementara waktu selepas doktor melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan ketumbuhan pada bahagian tangan kirinya.

Kata Fizo, 27, dia dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang dekat sini pada Isnin lalu dan dibenarkan keluar sehari kemudian selepas menerima tujuh jahitan akibat ketumbuhan itu.

“Saya pun tidak sedar sejak bila ada ketumbuhan ini. Tiba-tiba ada satu benda bulat pada bahagian tangan kiri saya. Sebelum ia merebak menjadi penyakit yang lebih serius, doktor menasihati saya supaya menjalani pembedahan,” katanya kepada mStar Online pada sidang media kedua pementasan teater muzikal Ali Baba di Istana Budaya di sini pada Selasa.

Ujar Fizo, ketumbuhan itu bukanlah penyakit yang serius dan para peminat tidak perlu risau mengenainya.

Dalam pada itu bercerita mengenai teater muzikal berkenaan yang turut dilakonkannya Fizo berkata, setakat ini latihan untuk pementasan itu berjalan lancar namun dia perlu memberikan tumpuan yang lebih kepada aspek tarian.

Bagaimanapun dia semakin selesa selepas mendapat tunjuk ajar daripada pengarah Lokman Ghani dan barisan pelakon lain.

"Pengalaman menjalani teater ini cukup menyeronokkan dan saya yakin penonton akan terhibur," katanya.

Selain Fizo, teater muzikal yang akan dipentaskan dari 21 hingga 29 Disember ini turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Aznil, Elfira Loy dan Najwa P. Ramlee.

Tiket bagi menyaksikannya yang dijual dengan harga RM30, RM50, RM70 dan RM100 boleh ditempah menerusi talian box office iaitu 03-40265558 atau layari www.ticket2u.biz.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain