suria

Zooey Deschanel Hiburkan Penonton Dalam 'New Girl'

Zooey Deschanel
Zooey Deschanel
Zooey Deschanel

PETALING JAYA: Bermula 1 Disember 2012, stesen televisyen ntv7 membawakan sitkom terbaru iaitu New Girl di mana ia akan menghiburkan para penonton dengan jalan cerita yang sangat mencuit hati.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, ntv7 & 8TV, Airin Zainul, sitkom tentang seorang gadis yang dalam usaha mengubah nasibnya itu mengisi slot L.O.L Hour dan ia akan membuatkan penonton bergelak ketawa dengan lakonan mantap pelakon Zooey Deschanel, yang memegang watak sebagai Jessica “Jess” Day.

"Pihak kami yakin bahawa gelak ketawa merupakan penawar terbaik buat para penonton bagi mengurangkan rasa tekanan mereka tidak kira apa jua yang mereka alami.

"Oleh itu, kami membawakan mereka sitkom sebegini agar penonton tak kering gusi dan sentiasa rasa terhibur," katanya menerusi siaran media yang diberikan kepada mStar Online.

Sitkom sebanyak 24 buah episod itu akan disiarkan setiap Sabtu, pukul11.30 malam.

Sementara itu, New Girl mengisahkan tentang seorang guru sekolah rendah, Jessica “Jess” Day mencari permulaan baru dalam hidupnya setelah gagal dalam percintaan.

Sangka Jess, dia bakal memiliki kehidupan yang sempurna namun telah dikecewakan kekasihnya dan pada masa sama terpaksa mencari kediaman baru bagi melupakan segala kenangan pahit bagi meneruskan kehidupan.

Tergesa-gesa membuat keputusan, akhirnya Jess menyewa sebuah pangsapuri bersama tiga orang jejaka yang tidak dikenalinya iaitu Nick Miller (Jake Johnson), Schmidt (Max Greenfield) dan Winston Bishop (Lamorne Morris) yang hanya mengizinkan Jess berpindah ke pangsapuri mereka setelah mengetahui Jess memiliki rakan karib yang merupakan seorang model.

Ternyata kehadiran Jess bukanlah semudah yang disangkakan buat Nick, Schmidt dan Winston kerana Jess yang berputus asa dengan kehidupannya sering melakukan tindakan di luar jangkaan sehingga menyusahkan mereka bertiga.

Namun apa yang lucu, Jess sering mencipta lagu dan menyanyi secara spontan untuk disesuaikan dengan keadaan yang dialaminya dan ia sekaligus telah membuatkan tiga jejakan itu terhibur dengannya.

Bagaimanapun, jika sebelum ini Nick, Schmidt dan Winston membenarkan Jess tinggal di rumah mereka kerana ingin berkawan dengan rakan-rakan peragawati Jess, namun mereka berubah fikiran apabila masing-masing ingin cuba membantu jess dalam menyelesaikan kemelut kehidupan wanita itu.

Untuk maklumat lanjut layari www.ntv7.com.my, atau ikuti perkembangan ntv7 di akaun Facebook dan Twitter.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain