suria

Halle Berry & Anak Perempuan Diiringi Polis Demi Keselamatan

Halle Berry bersama anaknya, Nahla. - Gambar fail
Halle Berry bersama anaknya, Nahla. - Gambar fail
Halle Berry bersama anaknya, Nahla. - Gambar fail

LOS ANGELES: Aktres Halle Berry dilihat keluar bersiar-siar bersama anak perempuannya, Nahla Ariela dengan iringan polis dan kawalan keselamatan yang ketat.

Aktres itu mengambil tindakan tersebut susulan pergaduhan di antara tunangnya Olivier Martinez dan bekas kekasih Gabriel Aubry, baru-baru ini.

Laman web thesun.co.uk melaporkan, Berry, 46, yang keluar menonton pementasan yang popular di kalangan kanak-kanak berjudul Yo Gabba Gabba dengan anaknya di Hollywood di sini, diiringi empat pegawai polis yang bermotorsikal bagi menjaga gerak-geri mereka.

Dalam pergaduhan pada 23 November lalu, Aubry yang berkunjung ke rumah Berry untuk menghantar anak mereka bergaduh dengan Martinez selepas mereka bertengkar sehingga membawa kepada pergaduhan yang serius.

Kedua-duanya terpaksa dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Aubry pula masih berada dalam tahanan polis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain