suria

Pelakon Siri 'Dallas', Larry Hagman Meninggal Dunia

Hagman meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hagman meninggal dunia pada usia 81 tahun.
Hagman meninggal dunia pada usia 81 tahun.

AMERIKA SYARIKAT: siri yang popular dengan watak J. R. Ewing menerusi siri 'Dallas' iaitu Larry Hagman meninggal dunia pada usia 81 tahun di Texas, di sini pada Jumaat.

Kematian Hagman yang sedang dalam proses penggambaran sekual siri itu dilaporkan akibat komplikasi kanser hati yang dihidapinya menurut kenyataan daripada keluarga mendiang.

Menurut kenyataan itu lagi, Hagman meninggal dunia pada pukul 4.20 petang di sebuah hospital di Texas.

"Larry kembali ke kampung halamannya di Dallas kerana ingin terlibat sama dalam siri yang telah mengubah hidupnya namun hajat itu tidak kesampaian,' kata salah seorang ahli keluarganya.

Pelakon veteran itu pertama kali muncul dengan watak Major Anthony Nelson disampung Barbara Eden dalam filem I Dream of Jeannie.

Hagman terlibat dalam drama bersiri Dallas dari tahun 1970 hingga 1980-an yang popular di 57 buah negara sehingga melayakkan dirinya menerima jolokan 'artis paling terkenal di dunia' pada ketika itu.

Dalam pada itu, kematian pelakon itu dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan terdekat mendiang termasuk pelakon veteran Linda Gray.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain