suria

Bekas Wartawan Jadi Pilihan Scarlett Johansson

Scarlett Johansson dilaporkan sedang bahagia dengan kekasih barunya, Romain Duariac.
Scarlett Johansson dilaporkan sedang bahagia dengan kekasih barunya, Romain Duariac.
Scarlett Johansson dilaporkan sedang bahagia dengan kekasih barunya, Romain Duariac.

SELEPAS berpisah dengan Nate Taylor bulan lalu, aktres Scarlett Johansson dilaporkan sudah menemui pengganti iaitu seorang bekas wartawan daripada Perancis.

Sumber terdekat pelakon itu memberitahu Johansson bagaimanapun mahu hubungan dengan lelaki bernama Romain Duariac itu berlangsung tanpa perhatian media.

Duariac adalah bekas editor di majalah French Urban Art dan kini bergelar pengurus di sebuah agensi kreatif.

Pasangan itu dilihat bersama di sebuah restoran di Paris dan dilaporkan sentiasa memegang tangan dan kelibat mereka turut dilihat di New York minggu lalu.

"Mereka sedang dilamun cinta dan Johansson sangat bahagia dengan Duariac," ujar sumber tersebut.

Artikel Lain