suria

Ibu Bapa Kim Kardashian Nafi Bercerai

Kris dan Bruce Jenner mengesahkan mereka masih lagi suami isteri.
Kris dan Bruce Jenner mengesahkan mereka masih lagi suami isteri.
Kris dan Bruce Jenner mengesahkan mereka masih lagi suami isteri.

SATU khabar angin yang sangat mengejutkan apabila ibu Kim Kardashian, Kris Jenner dikhabarkan bercerai dengan Bruce Jenner.

Menurut laporan portal Aceshowbiz, Kris menafikan tentang berita yang dikeluarkan oleh akhbar tabloid National Enquirer itu dan menganggap ia sekadar gosip kosong yang sengaja dilakukan oleh media tersebut.

"Mereka gila. Saya memanggil Bruce dan bergurau dengannya: “'Sayang, kita dalam proses bercerai”. Dan kami pun ketawa gara-gara berita itu," katanya.

Baru-baru ini, National Enquirer melaporkan Bruce telah bertemu dengan peguam bagi urusan penceraian gara-gara bosan dengan tingkah laku Kris yang terlalu ego.

Bruce dan Kris telah membina rumah tangga lebih kurang 21 tahun. Sebelum itu Kris mendirikan rumah tangga dengan Robert Kardashian.

Artikel Sebelum

Artikel Lain