suria

Sir Elton John Nantikan Kelahiran Anak Kedua

Elton John dan David Furnish tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Elton John dan David Furnish tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Elton John dan David Furnish tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua mereka.

SIR Elton John dan pasangannya, David Furnish bakal mendapat anak kedua pada tahun depan daripada seorang wanita.

Pasangan yang sudah pun mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Zachary itu dikatakan sudah tidak sabar dengan kehadiran cahayamat baru itu.

Wanita yang mengandungkan bayi pasangan itu sudah pun dianggap sebagai adik perempuan mereka.

"Elton dan David terlalu menyayangi wanita itu yang sudah pun dianggap adik sendiri. Mereka berasa terhutang budi apabila wanita itu sanggup melahirkan anak untuk mereka termasuklah Zachary.

"Bagaimanapun, identiti wanita itu tidak pernah didedahkan," kata sumber kepada Digital Spy.

Difahamkan, pasangan itu telah pun membuat pelbagai persediaan bagi menyambut kelahiran bayi itu dan telah pun mengambil seorang pengasuh peribadi.

Artikel Sebelum

Artikel Lain