suria

Jennifer Aniston Nafi Sedang Hamil Anak Kekasih

Jennifer Aniston.
Jennifer Aniston.
Jennifer Aniston.

PELAKON jelita, Jennifer Aniston sekali lagi menjadi perhatian apabila salah satu tabloid di Amerika Syarikat menyiarkan sebuah artikel yang mengatakan dia sedang mengandung anak kekasihnya iaitu Justin Theroux.

Majalah Star pada Khamis lalu telah menulis Jennifer dan Justin bakal menimang cahaya mata pada bulan Mei tahun hadapan.

"Jennifer hamil! Setelah bertahun-tahun penuh dengan kekecewaan dia akhirnya akan dikurniakan seorang anak pada bulan Mei tahun hadapan," demikian antara yang ditulis oleh majalah tersebut.

Namun khabar itu segera dinafikan oleh jurucakap pasangan itu dan menyifatkan berita itu sebagai palsu.

Khabar kehamilan itu disifatkan oleh majalah tersebut sebagai mempunyai asas apabila Jennifer dilihat keluar dari sebuah pusat kecantikan dengan perut yang membuncit.

Artikel Berikut

Artikel Lain