suria

ntv7 Dapat Hak Siar Kahwin Lee Chong Wei Percuma

Chong Wei (kanan) gembira menanti saat bahagian pernikahannya dengan Mew Choo. Foto: AZMAN GHANI
Chong Wei (kanan) gembira menanti saat bahagian pernikahannya dengan Mew Choo. Foto: AZMAN GHANI
Chong Wei (kanan) gembira menanti saat bahagian pernikahannya dengan Mew Choo. Foto: AZMAN GHANI

PETALING JAYA: Jaguh Badminton negara Datuk Lee Chong Wei akhirnya membuat keputusan menyerahkan hak penyiaran eksklusif majlis pernikahannya dengan Wong Mew Choo kepada stesen televisyen ntv7 tanpa menuntut bayaran sesen pun.

Chong Wei yang sebelum ini mahu menjual hak penyiaran itu kepada Astro telah berubah hati selepas memikirkan hubungan baiknya dengan stesen itu yang terjalin sejak sekian lama.

“Saya memutuskan untuk memberikan (hak penyiaran) kepada ntv7 secara percuma. Hidup tidak semestinya dengan wang,” katanya kepada portal redcarpet.net.my.

Chong Wei akan bernikah dengan bekas pemain perseorangan wanita negara, Mew Choo pada 9 dan 10 November depan dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dekat sini.

Beliau berkata, apa yang diinginkan “hari besarnya” itu akan berjalan lancar serta diberi keberkatan supaya keluarga, kawan-kawan serta tetamu dapat meraikannya dengan gembira.

Sehubungan itu beliau telah menyenaraikan pasukan petugas ntv7 serta beberapa tetamu jemputan lain seperti VVIP, keluarga, kawan-kawan serta pihak media untuk hadir pada hari berkenaan.

Ditanya bagaimanakah persediaan perkahwinan yang semakin hampir beliau berkata, pakaian sut yang ditaja oleh Lord’s Taylor amat menarik dan paling digemarinya.

Selain sut berkenaan, Chong Wie akan turut memakai pakaian tradisional Cina berwarna merah iaitu “Tong Chong” yang dibuat daripada sutera China untuk majlis jamuan teh pada 9 November.

Peminat-peminat beliau boleh menyaksikan majlis resepsi perkahwinan itu menerusi ntv7 pada kedua-dua hari bersejarah tersebut yang akan disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam.

Artikel Lain