suria

Pengguna Twitter Ancam Bunuh Bayi Adele

Adele
Adele
Adele

BAYI kepada penyanyi Adele dilaporkan bakal menerima padah apabila ada pihak mengancam untuk membunuhnya kerana tidak berpuas hati dengan kelahiran itu.

Ancaman yang tersebar di kalangan pengguna Twitter itu bermula sebaik sahaja penyanyi Rolling in the Deep itu melahirkan anaknya pada 19 Oktober lalu.

Difahamkan, keadaan tersebut menjadi lebih parah apabila ancaman itu semakin tersebar luas sehingga menimbulkan perasaan marah dan kurang selesa kepada Adele.

Menurut laporan portal KapanLagi.com, kejadian itu memaksa Adele menutup akaun Twitternya bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk daripada terjadi.

“Dia (Adele) tidak menyangka bahawa bayinya akan mendapat ancaman yang begitu menakutkan,” kata satu sumber.

Selain ancaman bunuh, beberapa pengguna Twitter turut menyebarkan dakwaan kononnya bayi penyanyi itu mempunyai badan yang gemuk dan cacat.

Artikel Lain