suria

Evan Rachel Wood & Jamie Bell Muncul Di Pejabat Nikah

Evan Rachel Wood dan Jamie Bell
Evan Rachel Wood dan Jamie Bell
Evan Rachel Wood dan Jamie Bell

KHABAR angin mengenai pernikahan pasangan Evan Rachel Wood dan Jamie Bell pada minggu lalu mungkin ada kebenaran apabila kedua-duanya tampil dengan memakai sebentuk cincin pada jari manis mereka.

Menurut laporan Contact Music, pada Selasa lalu, dua bintang Hollywood itu dilihat berada di pejabat urusan perkahwinan di Beverly Hills, Los Angeles, Amerika Syarkat dan mereka dikatakan menguruskan hal berkaitan dokumen pengesahan pernikahan itu.

Portal Dailymail pula melaporkan, Evan dan Jamie dilihat seperti sedang menikmati detik-detik bahagia sebagai pasangan pengantin baru dan Evan berbelanja besar di sebuah butik pakaian dalam terkenal, Kiki De Monthparnasse.

"Mereka menghabiskan masa yang agak lama di butik tersebut dan selepas selesai membeli-belah, kedua-duanya seperti sengaja mempamerkan cincin mereka.

"Penampilan mereka juga sangat biasa dan tidak ada siapa pun sedar mereka adalah selebriti Hollywood, tambah pula mereka menaiki kenderaan awam," kata sumber.

Tambah sumber tersebut, Evan dan Jamie dilihat sebagai pasangan secocok apabila mereka bermesraan sambil berpegangan tangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain