Raja Farah Belum Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan - Hiburan | mStar

Raja Farah Belum Sedia Tinggalkan Dunia Lakonan

Raja Farah mengakui masih belum sedia untuk meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya.
Raja Farah mengakui masih belum sedia untuk meninggalkan dunia lakonan sepenuhnya.

PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah mengakui masih belum bersedia untuk meninggalkan dunia lakonan walaupun dia kini kelihatan menyepi selepas mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 2010.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 24, berkata, dia masih sayangkan dunia lakonan namun terpaksa membataskan kerjayanya itu kerana meletakkan rumah tangga sebagai keutamaan.

"Suami tidak pernah menghalang saya berlakon namun dia ada memberikan syarat iaitu hanya boleh berada di lokasi penggambaran sehingga 11 malam sahaja.

"Sebagai seorang isteri saya terima syarat itu dan atas dasar itu juga saya agak menghadkan aktivit lakonan dan hanya mengambil watak yang sesuai sahaja," katanya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Raja Farah, dia masih mendapat tawaran lakonan daripada syarikat produksi namun terpaksa menolak kerana tidak sesuai dengan jadualnya.

"Saya terpaksa menolak kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi jika terpaksa balik awal dari lokasi penggambaran dan hanya mengambil tawaran yang sesuai sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Raja Farah memberitahu, dia kini lebih selesa menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Soal Wanita yang bakal bersiaran di saluran TV Al Hijrah dalam masa terdekat ini.

Raja Farah berkata, dia telah lama memasang hasrat untuk bergelar seorang pengacara dan tidak mempersia-siakan peluang yang datang kepadanya.

"Bergelar pengacara rasanya lebih sesuai dengan status saya sekarang kerana ia tidak mengambil masa yang lama dan mudah untuk saya membahagikan masa antara rumah tangga dan perniagaan yang saya usahakan," ujarnya.

Sementara itu, Raja Farah memberitahu dia dan suaminya masih berusaha untuk mendapatkan zuriat namun menyerahkan soal itu kepada izin Allah S.W.T.

"Cemburu jugak tengok rakan-rakan lain yang sudah berumah tangga mempunyai anak tetapi masih belum rezeki," katanya.

Artikel Sebelum

P. Diddy Kemalangan Dihadapan Hotel

Artikel Berikut

Tomok 'Berlakon' Bersama Isteri

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel