suria

P. Diddy Kemalangan Dihadapan Hotel

P. Diddy hanya mengalami kecederaan kecil.
P. Diddy hanya mengalami kecederaan kecil.
P. Diddy hanya mengalami kecederaan kecil.

PENYANYI dan usahawan P. Diddy dilaporkan mengalami kemalangan di luar hotel penginapannya iaitu Hotel Beverly Hills, Los Angeles baru-baru ini.

Dailymail melaporkan, semasa kejadian Diddy yang bersama rakan-rakannya baru sahaja keluar daripada hotel tersebut dan kereta Cadillac Escalade miliknya tiba-tiba bertembung dengan sebuah kenderaan lain dari jenis Luexs RX.

Orang awam yang berada di tempat kejadian terus membantu mangsa yang terlibat dan mereka dilaporkan hanya mengalami kecederaan kecil.

Pihak polis bagaimanapun masih menyiasat punca kejadian dan keterangan sudah pun diambil daripada Diddy dan mangsa lain.

Artikel Sebelum

Yuna Dirompak Di Seattle

Artikel Lain