Rosyam Terbit Telefilem Guna Judul Karya P.Ramlee - Hiburan | mStar

Rosyam Terbit Telefilem Guna Judul Karya P.Ramlee

Rosyam Nor
Rosyam Nor

PETALING JAYA: Penerbit drama dan pelakon Rosyam Nor telah menerbitkan 10 buah telefilem berdasarkan lagu ciptaan atau nyanyian seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee untuk ditayangkan menerusi slot 'Tribute P. Ramlee’ di TV1 bermula 4 November ini.

Rosyam berkata, setiap telefilem itu memaparkan plot cerita dan tajuk yang kesemuanya diambil daripada tajuk lagu dan skripnya berdasarkan seni kata lagu yang pernah dicipta atau dinyanyikan oleh P. Ramlee.

"Sebelum ini program berbentuk muzikal sering diadakan bagi memperingati P.Ramlee dan pihak kami telah memberi idea untuk menghasilkan telefilem berdasarkan lagu beliau sebagai salah satu cara untuk menghargai jasa dan sumbangannya terhadap industri perfileman dan muzik.

"Saya melihat jenama P.Ramlee sangat besar dan boleh diperluaskan dengan pelbagai cara dan ini adalah salah satu cara untuk terus memperingati beliau," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran 'Tribute P. Ramlee’ di sini pada Rabu.

10 drama berkenaan akan disiarkan pada setiap hari Ahad pukul 9 malam.

Projek tersebut adalah usaha sama di antara RTM, Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. dan syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Berhad.

Hadir sama Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Nasir Ali.

Dalam pada itu, Rosyam berkata, pihaknya telah mengumpul hampir 30 buah lagu seniman agung itu sebelum memilih 10 lagu terbaik untuk diolah menjadi skrip.

Katanya seramai 10 pengarah terkenal telah dipilih bagi mengarahkan telefilem tersebut mengikut kepakaran masing-masing.

"Pengarah diberi kebebasan untuk memilih tajuk lagu untuk telefilem yang diarahkan selain pemilihan pelakon, lokasi serta krew.

"Bagaimanapun lagu latar bagi setiap karya itu mestilah menggunakan tajuk lagu yang dipilih," jelasnya.

Antara nama-nama besar yang dipilih untuk mengarahkan telefilem tersebut seperti Aziz M Osman, Michael Ang, Erma Fatima, Along Kamaluddin. Rashid Sibir dan Osman Ali.

Sementara itu, Rosyam berkata, semua drama berkenaan melalui proses penilaian oleh lapan juri profesional yang akan diumumkan kemudian bagi membolehkan karya mereka dipertandingkan sempena Malam Anugerah P. Ramlee yang akan diadakan pada 26 Januari tahun hadapan.

Menurut Rosyam, malam anugerah itu bagi menghargai usaha dan kesungguhan pengarah, pelakon dan krew yang bertungkus lumus menyiapkan drama tersebut.

"Pelbagai kategori akan dipertandingkan seperti drama terbaik, pengarah filem terbaik dan pelakon terbaik.

"Pada majlis itu juga kami berhasrat untuk menjemput semua pelakon veteran untuk memeriahkan majlis," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Rosyam memberitahu pihak RTM menerusi radio Klasik FM dan Nasional FM akan mengadakan pelbagai kuiz menarik dan soalan mingguan terkumpul dari 1 November sehingga 13 Januari depan untuk penonton bersempena 'Tribute P. Ramlee' itu.

Berikut adalah sepuluh tajuk drama yang bakal ditayangkan bersempena 'Tribute P. Ramlee':

1) 4 November 2012 : Tunggu Sekejap (Arahan Along Kamaluddin)

2) 11 November 2012 : Getaran Jiwa (Arahan Michael Ang)

3) 18 November 2012 : Miang Buluh Keladi Birah (Arahan Bade Hj Azmi)

4) 25 November 2012 : Dimana Ku Cari Ganti (Arahan Osman Ali)

5) 2 Disember 2012 : Siapa Tipu Siapa (Arahan Aziz M Osman)

6) 9 Disember 2012 : Jodoh Kita (Ismail Yaaakob)

7) 16 Disember 2012 : Titisan Kasih (Rashid Sibir)

8) 23 Disember 2012 : Pelamin Di Pusara (Arahan Murali Abdullah)

9) 30 Disember 2012 : Hanya Dikau (Amie Maziah)

10) 6 Januari 2012 : Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima)

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Tanda Putera' Tunda Lagi Ke Tahun Hadapan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain