suria

Mila Kunis Teruja Dengan Politik Dunia

Mila Kunis
Mila Kunis
Mila Kunis

PELAKON Mila Kunis mengakui dia begitu gemar dan teruja apabila menonton berita-berita berkaitan hal-hal politik dunia.

Majalah Esquire melaporkan, Mila begitu teruja untuk mengetahui perkembangan berita berkaitan kerajaan Amerika Syarikat dan sanggup menghabiskan masa seharian menonton pelbagai saluran televisyen yang memberi fokus kepada perkembangan politik.

Pelakon filem The Forgetting Sarah Marshall itu turut berkongsi perasaan terujanya apabila dia di undang oleh seorang pembaca berita CNN iaitu Wolf Blitzer untuk menjadi pasangannya ke sebuah majlis makan malam di White House, April lalu.

"Saya menganggap dunia politik sangat menghiburkan. Saya pernah ke sebuah majlis di White House bersama Wolf. Agak pelik apabila saya dijemput oleh seseorang yang kita kenali menerusi berita yang ditonton.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu ke majlis seperti itu lagi. Majlis itu memberikan pengalaman yang sangat menakjubkan dan bermakna. Itu sudah cukup.

"Saya selalu menonton berita daripada CNN dan MSNBC. Jadi apabila bertemu Wolf dan mula berborak, saya bertanya mengenai perkembangan anak saudara Ahmadinejad (presiden negara Iran) dan kemudian Wolf terkejut kerana saya mengikuti perkembangan politik," selorohnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain