suria

Lindsay Lohan Terkena Jangkitan Paru-Paru

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

AKTRES bermasalah, Lindsay Lohan dimasukkan ke hospital Mount Sinai, New York City pada Ahad lalu akibat mengalami jangkitan paru-paru.

Menurut laporan Digital Spy, bintang Mean Girls itu mula berasa sakit sejak beberapa minggu lalu dan kini keadaannya agak parah ketika dimasukkan ke hospital.

"Mujurlah sejak mendapat rawatan doktor, keadaannya kembali pulih," kata sumber.

Difahamkan Lindsay sudah lama mengalami penyakit pneumonia yang teruk, tambah pula pelakon yang turut berlakon dalam filem Liz And Dick mempunyai masalah sakit lelah.

Sebelum dimasukkan ke hospital, Lindsay telah ditemui pengsan di sebuah bilik hotel.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain