suria

Robbie Williams Pamer Wajah Anak

Robbie dan anak perempuannya, Theodora Rose Williams.
Robbie dan anak perempuannya, Theodora Rose Williams.
Robbie dan anak perempuannya, Theodora Rose Williams.

TIDAK sabar untuk memperkenalkan anak perempuan yang baru dilahirkan, penyanyi Robbie Williams mengambil keputusan untuk memuat naik gambar anaknya itu ke laman Twitter untuk dikongsi bersama peminat.

Bayi yang diberi nama Theodora Rose Williams itu adalah anak pertamanya dengan isteri, Ayda Field.

"Ini adalah pengalaman paling berharga buat diri saya bergelar sebagai bapa," ujarnya menerusi laman sosial itu.

Bayi yang dipanggil dengan nama manja Teddy itu lahir pada 19 September secara normal lalu walaupun isterinya diserang penyakit diabetes semasa hamil.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain