suria

Britney Spears Hidap Penyakit Kulit Serius

Britney Spears
Britney Spears
Britney Spears

SEJAK muncul kembali di persada Hollywood, banyak perkara mengejutkan yang diberitakan tentang perihal Britney Spears dan terbaru, penyanyi itu dikatakan mengalami masalah penyakit kulit yang sangat serius.

Menurut laporan National Enquirer, perkara itu mula disedari pihak media ketika penyanyi itu menghadiri premier X FACTOR di Graumans Chinese Theater, Los Angeles, baru-baru ini dan penampilannya yang menawan ternyata tidak dapat menyembunyikan kesan merah pada kaki kirinya.

"Berkemungkinan besar Britney menghidap penyakit psoriasis. Sebenarnya, sudah lama dia mengalami masalah penyakit itu.

"Kesan merah akan kelihatan pada kulitnya jika dia berada dalam situasi tertekan. Doktor telah memberikan dia sejenis krim tetapi dia tidak boleh menggunakannya kerana berasa kulit seperti dibakar," kata sumber.

Sejak awal pembabitannya sebagai juri dalam program X Factor, Britney kerap dilihat gelisah dan suka menggigit jarinya sehingga berdarah gara-gara dipengaruhi perasaan cemas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain