Bakal Kahwin, Brad Pitt Ucap Tahniah Kepada Kareena & Saif - Hiburan | mStar

Bakal Kahwin, Brad Pitt Ucap Tahniah Kepada Kareena & Saif

Saif dan Kareena akhirnya bakal mendirikan rumah tangga selepas lima tahun bercinta.
Saif dan Kareena akhirnya bakal mendirikan rumah tangga selepas lima tahun bercinta.

BERITA mengenai perkahwinan Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor semenangnya mendapat perhatian seluruh dunia lebih-lebih lagi apabila aktor Hollywood Brad Pitt turut memberikan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

Menurut laporan One India, kekasih Angelina Jolie itu mengakui dia begitu gembira apabila mendapat tahu mengenai perkahwinan pasangan itu yang bakal berlangsung pada 16 Oktober depan dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Saya gembira mereka akhirnya akan melangsungkan sebuah perkahwinan. Semoga hidup mereka bahagia selamanya," kata Brad.

Dalam pada itu ketika diminta memberi pendapatnya mengenai hubungan Saif dan kareena, Brad berkata, setiap pasangan mempunyai keunikan yang tersendiri dan pengalaman yang dilalui tidak akan sama dengan pasangan-pasangan lain.

Hubungan cinta selama lima tahun itu membuatkan perkahwinan Saif dan Kareena sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak.

Malah Kareena juga pernah berkata mahu menukar namanya kepada Kareena Kapoor Khan selepas berkahwin nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Britney Spears Hidap Penyakit Kulit Serius

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain