suria

Katy Perry Beri Kunci Rumah Kepada John Mayer

Katy dan John mula menjalinkan hubungan cinta sejak Julai lalu.
Katy dan John mula menjalinkan hubungan cinta sejak Julai lalu.
Katy dan John mula menjalinkan hubungan cinta sejak Julai lalu.

WALAUPUN hubungan cinta Katy Perry dan John Mayer sering putus dan kemudian kembali bersama, nampaknya kali ini pasangan itu benar-benar serius dengan cinta mereka.

Menurut laporan DigitalSpy, Katy telah memberikan kunci rumahnya di New York kepada John selepas penyanyi lelaki itu bercadang untuk menyewa hotel agar lebih mudah untuk kedua-dua mereka berjumpa.

"Memandangkan John kerap berkunjung ke New York, dia bercadang untuk menyewa sebuah hotel agar dia tidak perlu berulang alik dari rumahnya di Los Angeles.

"Bagaimanapun Katy mahu John tinggal bersamanya. Mungkin kali ini mereka benar-benar serius dengan cinta yang dijalinkan," kata sumber.

Sejak kebelakangan ini pasangan itu kerap dilihat bersama. Mereka juga dikhabarkan pernah menginap bersama di sebuah kapal layar peribadi selain sentiasa berpesta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain