suria

The Wanted Kecewa Tidak Tercalon Di MTV EMA

The Wanted
The Wanted
The Wanted

KUMPULAN The Wanted kecewa apabila mereka tidak tersenarai dalam pencalonan anugerah MTV Europe Music Awards (MTV EMA).

Salah seorang ahlinya, Tom Parker menerusi akaun Twitter miliknya berkata, kekecewaan itu ditambahkan lagi apabila menerusi anugerah MTV Video Music Awards pada 6 September lalu, mereka dikalahkan oleh pesaing terdekat iaitu One Direction menerusi kategori Artis Baru Terbaik.

"Saya fikir ia hanyalah cakap-cakap kosong apabila dikatakan tidak dicalon di MTV EMA tahun ini. Rupa-rupanya ia ternyata benar. Mungkin peluang itu ada pada tahun depan," katanya.

The Wanted telah dicalonkan bagi kategori Artis Baru Terbaik pada MTV EMA, namun mereka terpaksa akur bahawa kehebatan One Direction sukar disaingi.

Sementara itu, MTV EMA bakal berlangsung di Frankfurt, Jerman pada 11 November depan.

Sehingga kini, nama penyanyi Rihanna telah dicalonkan dalam enam kategori pada acara itu diikuti dengan Taylor Swift, Justin Bieber dan Lady Gaga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain