suria

George Clooney & Stacy Keibler Putus Cinta?

George Clooney dan Stacy Keibler
George Clooney dan Stacy Keibler
George Clooney dan Stacy Keibler

DUNIA hiburan Hollywood tiba-tiba dikejutkan dengan berita pasangan selebriti George Clooney dan Stacey Keibler yang dikatakan putus cinta.

Menurut laporan Digital Spy, khabar angin itu dinyatakan oleh sumber yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Stacey.

"George mahu bersendiri tanpa sebarang ikatan dan dia tidak mahu berkahwin, tetapi Stacey pula mahu hubungan mereka kekal," kata sumber.

Bagaimanapun, jurucakap George iaitu Stan Rosenfield menafikan berita tersebut dan menegaskan hubungan mereka yang telah terjalin selama setahun itu masih lagi baik.

George dan Stacey bercinta pada bulan Julai tahun lalu selepas aktor itu putus cinta dengan aktres Elisabetta Cannalis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain