Shah Rukh Khan Akan Didakwa Hina Bendera India - Hiburan | mStar

Shah Rukh Khan Akan Didakwa Hina Bendera India

Shah Rukh Khan dianggap telah mempersendakan bendera India
Shah Rukh Khan dianggap telah mempersendakan bendera India

NAMPAKNYA aktor Shah Rukh Khan sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dituduh menghina bendera negaranya sendiri.

Menurut laporan Digital Spy, bintang filem Ra One itu telah mempermainkan bendera India menerusi salah satu video di laman YoutTube dan hal itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Shah Rukh telah menjerat dirinya sendiri menerusi Akta Perlindungan Memperkecilkan Kehormatan Bangsa, tahun 1971.

"Hal ini telah pun difailkan ke mahkamah pada 14 Ogos lalu dan laporan tersebut sedang diproses oleh pihak berkuasa untuk disiasat dengan lebih lanjut," kata sumber.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan beberapa bahan bukti berupa foto dan video telah di bawah ke mahkamah untuk tujuan pendakwaan.

Artikel Sebelum

Lan (Kristal) Tidak Kongkong Kehendak Anak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti