suria

ntv7 Siar Rancangan Khas Sempena Kunjungan Putera William, Isteri

Putera William bersama isterinya Kate Middleton
Putera William bersama isterinya Kate Middleton
Putera William bersama isterinya Kate Middleton

PETALING JAYA: Bersempena lawatan pewaris takhta diraja Britain, Putera William bersama isterinya Kate Middleton ke negara ini pada 13 hingga 15 September depan, ntv7 akan menyajikan beberapa rancangan khas buat penonton setia stesen televisyen tersebut.

Pengikut setia William dan Kate pastinya teruja dengan rancangan William & Kate: A First Year Anniversary Celebration, yang akan disiarkan pada hari pertama lawatan baginda pukul 8.30 malam.

Seterusnya, pada 14 September , ketahui lebih lanjut mengenai Duchess of Cambridge, Kate yang dikenali dengan evolusi fesyennya, dalam rancangan Biografi: Kate Middleton yang disiarkan pada pukul 8.30 malam.

Sehari selepas itu penonton setia ntv7 juga akan dihiburkan dengan konsert The Diamond Jubilee Concert 2012 pada waktu yang sama.

Konsert tersebut menampilkan bintang-bintang popular tersohor antaranya Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard dan Stevie Wonder.

Para penonton juga boleh menyaksikan klip video yang diambil sepanjang lawatan tiga hari pasangan Diraja itu, temu bual serta laporan eksklusif berkaitan mereka menerusi rancangan Will & Kate – The Malaysian Tour yang akan bersiaran selama sejam pada 16 September pukul 9.30 malam.

Dalam pada itu, sempena sambutan ulang tahun ntv7 yang ke14, stesen tersebut turut mengadakan peraduan Watch & Win” Will & Kate – The Malysian Tour, di mana pemenang bertuah berpeluang memenangi hadiah menarik dengan hanya perlu rangkaikan rancangan istimewa berkaitan pasangan diraja itu.

Selain itu, rancangan temu bual ntv7, The Breakfast Show yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8 pagi dan Bella (setiap Ahad, pukul 1.30 petang) juga akan meraikan lawatan pasangan romantis berkenaan dengan menyiarkan segmen istimewa pada Ahad ini.

Pelbagai sudut perspektif berkaitan The Duke dan Duchess of Cambridge termasuklah evolusi fesyen Kate Middleton, kisah cinta luar biasa pasangan ini, sumbangan mereka terhadap masyarakat, soalan trivia, fakta menarik serta rentetan perkahwinan akan dibincangkan dalam rancangan tersebut.

Selain itu, laporan berita dan perkembangan terkini akan disiarkan mnerusi segmen edisi berita ntv7 termasuklah 7 Edition, Edisi 7, dan Mandarin 7, bermula 12 September.

Sebelum melawat negara ini, pasangan tersebut terlebih dahulu berkunjung ke Singapura dan seterusnya akan berangkat ke Solomon Islands (16 - 18 September) dan Tuvalu (18 - 19 September) sempena sambutan Jubli Intan Permaisuri Elizabeth, yang menandakan 60 tahun pemerintahan baginda sejak tahun 1952.

Sebelum ini, sambutan Jubli Perak Permaisuri disambut pada tahun 1977 manakala Jubli Emas pada tahun 2002.

Artikel Berikut

Artikel Lain