suria

Insiden Gaduh : Justin Bieber, Kekasih Mahu Disiasat Polis

Justin Bieber
Justin Bieber
Justin Bieber

LOS ANGELES: Pihak polis dilaporkan mahu menyoal siasat penyanyi Justin Bieber dan kekasihnya Selena Gomez susulan isu pergelutan di antara bintang remaja itu dengan seorang jurugambar paparazi pada Mei lalu.

Pergaduhan tersebut tercetus apabila jurugambar itu mendakwa Bieber menyerangnya ketika dia mahu merakamkan gambar penyanyi itu di luar pusat beli-belah Calabasas Shopping Centre, di sini.

Susulan kejadian tersebut, jurugambar berkenaan membuat laporan polis tetapi pasangan muda itu sudah pun meninggalkan lokasi ketika pihak berkuasa berkenaan tiba.

Polis bagaimanapun masih belum memanggil kedua-dua bintang itu untuk disoal siasat.

Artikel Berikut

Artikel Lain