suria

Lukisan Kurt Cobain Pada Van Usang Dijual RM72,000

Kurt Cobain
Kurt Cobain
Kurt Cobain

VAN Dodge usang yang dibuat pada tahun 1972 sudah tidak lagi digunakan sejak tahun 1998.

Walaupun kondisinya kotor dan usang, namun nilai harga van tersebut mengalahkan sebuah kenderaan baru iaitu sebanyak RM72,000 (USD24,000).

Nilai harga van yang tinggi itu disebabkan oleh kisah sejarahnya tersendiri berhubung dengan vokalis Nirvana, mendiang Kurt Cobain dan ia membuatkan van ini sangat berharga.

Saat ini, van berdebu yang penuh dengan lukisan itu menjadi bualan ramai di laman eBay dan selepas diberi pelbagai tawaran harga, akhirnya ia dijual dengan harga RM72,000.

Van tersebut sebelum ini merupakan pengangkutan utama kumpulan The Melvins sepanjang membuat konsert jelajah mereka. Kurt Cobain pula pernah bekerja dengan kumpulan berkenaan sebelum menyertai Nirvana.

Menariknya gambar mural 'Kiss' yang dilukis pada van berkenaan dihasilkan oleh Kurt menggunakan sebatang pensil yang dicurinya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain