Hairul Azreen Bina Otot Untuk Kikis Imej Lelaki 'Jambu' - Hiburan | mStar

Hairul Azreen Bina Otot Untuk Kikis Imej Lelaki 'Jambu'

Hairul Azreen
Hairul Azreen

PETALING JAYA: Pelakon Hairul Azreen mengambil pendekatan membina otot badannya agar kelihatan lebih sasa dan dewasa untuk mengelak persepsi segelintir penggiat seni yang melabelkannya sebagai lelaki ‘jambu’.

Hairul atau nama penuhnya Hairul Azreen Idris, 24, berkata inisiatif itu diambil sejak dua bulan lalu kerana dia mahu menggalas watak yang lasak berbanding karakter budak kolej dan remaja nakal yang berulang kali ditawarkan kepadanya sebelum ini.

“Saya sudah bosan dengan karakter remaja dan budak kolej yang berulang-kali ditawarkan kerana dikatakan memiliki wajah ‘jambu’.

“Kebetulan pula, ada beberapa tawaran filem yang memberikan peluang untuk watak aksi dan lasak kebelakangan ini.

“Maka, saya ambil inisiatif dengan membina otot badan sejak dua bulan lalu bagi mendapatkan tubuh yang lebih sasa dan tegap,” katanya.

Kekasih kepada aktres Faralyna Idris ini berharap, perubahan susuk badan itu akan menjadi permulaan untuk dia mencari peluang lakonan yang lebih besar dan matang dalam filem dan drama.

“Selama tiga tahun bergelar pelakon, saya terpaksa turutkan tawaran watak-watak yang sama itu demi membina nama dan platform diri.

“Semoga perubahan fizikal ini dapat mengubah persepsi umum mengenai potensi dan kebolehan saya melakonkan watak lasak dan aksi.

“Sayang sekali jika ilmu seni mempertahankan diri tekwando yang saya miliki tidak dapat dimanfaatkan dalam lakonan kerana asyik menggalas watak-watak yang ringan sahaja,” katanya.

Terbaru, aktor yang kini muncul dalam drama bersiri Sirrun di TV9 bakal memulakan penggambaran filem aksi berjudul Syaheed arahan Sabree Fadzil selepas cuti Hari Raya ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain