suria

Jada Pinkett Bengang Status Perkahwinan Dipertikaikan

Jada Pinkett bersama keluarga bahagianya.
Jada Pinkett bersama keluarga bahagianya.
Jada Pinkett bersama keluarga bahagianya.

SEJAK tahun lalu, pasangan selebriti Will Smith dan Jada Pinkett dilaporkan akan berpisah dan isu tersebut masih lagi berlarutan sehingga kini.

Menurut laporan Digital Spy, perkara itu membuatkan Jada semakin bengang dengan isu pergolakan rumah tangganya yang hampir setiap tahun dipertikaikan.

"Setiap tahun saya perlu berdepan dengan kontroversi penceraian. Kami tidak bercerai dan tidak akan bercerai.

"Ke mana saya akan pergi jika saya diceraikan? Will sudah menjadi sebahagian daripada diri saya," tegasnya.

Tambah Jada, walaupun kontroversi merupakan 'makanan' buat semua yang bergelar artis, namun ia tidak bermakna perkahwinannya boleh dipermainkan dengan khabar angin.

Pasangan itu bakal menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15 pada 31 Disember depan. Hasil hubungan itu, kedua-dua mereka mempunyai dua orang anak iaitu Jaden Smith dan Willow Smith.

Artikel Lain