Didie Alias Sayu Berjauhan Dengan Anak Pada Ramadan - Hiburan | mStar

Didie Alias Sayu Berjauhan Dengan Anak Pada Ramadan

Wajah terbaru Didie Alias. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH
Wajah terbaru Didie Alias. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Sambutan Ramadan pada tahun ini menimbulkan perasaan sayu dan janggal buat pelakon dan pelawak Didie Alias kerana pertama kali terpaksa berjauhan dengan dua anaknya.

Pemilik nama sebenar Fadzilah Mohd Ali, 39, ini berkata, dia yang tidak pernah berenggang dengan lima anaknya sebelum ini terpaksa menerima hakikat dua daripadanya terpaksa menjalani ibadat itu secara berasingan kerana meneruskan pengajian masing-masing.

“Selama mereka membesar, saya memang tidak pernah berenggang dengan kelima-limanya. Apabila pertama kali berjauhan pada bulan Ramadan begini dengan dua anak, saya rasa lain dan janggal sangat.

“Anak (Muhammad Daniel) sedang belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perak dan anak ketiga Nur Dinie pula belajar di sekolah berasrama penuh SMK Puteri Wilayah,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Tiga lagi anaknya hasil perkahwinan dengan pelakon Ridzuan Hashim adalah Nur Dania, dan Nur Diyana dan Nur Dayini.

Didie berkata, dia sering terfikir mengenai soal juadah berbuka dan bersahur kedua-dua anaknya itu memandangkan mereka tidak berada di depan mata buat pertama kalinya.

“Saya tahu perkara (berjauhan) ini adalah proses normal yang dilalui kebanyakan ibu bapa yang memiliki anak-anak sedang membesar.

“Kebetulan pula pada minggu pertama Ramadan, saya bercuti selama seminggu untuk menyambut puasa bersama keluarga, jadi ingatan terhadap mereka makin kuat.

“Setiap kali berbuka dan melihat meja makan, saya berasa sedih terutamanya saya teringatkan Daniel yang memang rapat dengan saya,” kongsinya.

Mengenai perkembangan terbaru, Didie kini sibuk di lokasi penggambaran telefilem PA Ku Diva arahan Rashid Sibir di samping Rozita Che Wan dan Enot.

Aktres yang meraih populariti menerusi filem Kanta Serigala (1991) ini bakal muncul dalam beberapa telefilem Hari Raya antaranya Pontianak Beraya Di Kg. Batu 2 1/12, Untung Atas Angin, Daging Batang Pinang dan Siapa Dapat Lisa.

Artikel Sebelum

Caroline Mula Terikut Tabiat Ella

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain