suria

Takut Nampak Tua, Cindy Crawford Larang Anak Bersolek

Cindy Crawford
Cindy Crawford
Cindy Crawford

SUPERMODEL Cindy Crawford melarang anak perempuannya, Kaia bersolek dan menyertai bidang peragaan kerana wajah anaknya itu akan kelihatan lebih tua apabila diambil gambar.

Cindy berkata, Kaia yang berusia 10 tahun itu masih terlalu muda untuk bergelar seorang model malah solekan yang akan dikenakan juga akan menjejaskan wajahnya.

"Saya tak mahu Kaia kelihatan lebih tua daripada usia sebenarnya apabila fotonya diambil. Sebab itu saya tidak membenarkan dia menjadi model dan bersolek," katanya kepada Daily Telegraph.

Tambah Cindy, dia juga melarang anaknya bersolek apabila keluar rumah.

Bagaimanapun, pendiriannya itu terpaksa ditolak tepi apabila teman karibnya, Dinatella Versace meminta kebenaran kepada Cindy untuk menjadikan anaknya sebagai model bagi sebuah kempen.

Dalam pada itu, Cindy juga hanya akan membenarkan Kaia menyertai dunia peragaan selepas berusia 17 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain