suria

Luna Maya Nafi Foto Wanita Mabuk Adalah Dirinya

Luna Maya.
Luna Maya.
Luna Maya.

PENYANYI dan pelakon, Luna Maya menafikan penyebaran foto seorang wanita dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri adalah dirinya.

Luna yang bercakap kepada wartawan di Indonesia memberitahu, dia sudah melihat gambar berkenaan dan menafikan sekeras-kerasnya foto berkenaan miliknya.

"Saya sudah melihat foto berkenaan dan ia bukan saya kerana saya tidak pernah memiliki baju yang dipakai oleh wanita berkenaan," ujarnya.

Bekas kekasih Airel (Peterpan) itu turut memberitahu tidak mengenali individu lain yang turut berada di dalam gambar sama.

Foto berkenaan dilaporkan telah dimuat naik dalam akaun Twitter milik pelakon Tyas Mirasih.

"Saya tidak kenal dua lelaki dalam foto berkenaan," katanya.

Luna memberitahu dia tidak perlu memperdulikan mengenai gambar berkenaan kerana masih banyak perkara lain yang harus diberi perhatian olehnya.

Saat ini, Luna memberitahu dia sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul Dewi Bintari.

Artikel Berikut

Artikel Lain