suria

Azmir Yakin 'Pulang Ke Desa' Akan Diterima

Azmir muncul dengan single berjudul Pulang Ke Desa bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
Azmir muncul dengan single berjudul Pulang Ke Desa bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.
Azmir muncul dengan single berjudul Pulang Ke Desa bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

PETALING JAYA: Penyanyi Azmir Arif yakin single terbarunya bersempena kedatangan Syawal berjudul Pulang Ke Desa akan dapat diterima oleh pendengar sebagai salah satu lagu Hari Raya.

Azmir, 29, berkata, lagu berkenaan yang dirakamkan dua tahun lalu itu masih mengekalkan elemen muzik tradisional selain senang diingati oleh pendengar.

"Lagu tersebut dihasilkan menggunakan susunan muzik lama dan tradisional supaya dapat menaikkan 'mood' Hari Raya itu sendiri.

"Sebab itu juga muzik dan liriknya dihasilkan dengan menggunakan muzik yang senang diterima selain liriknya yang dekat dengan hati pendengar," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azmir berkata, lagu tersebut yang dicipta oleh Qalil dan lirik oleh Halus disimpan selama dua tahun kerana merasakan pada ketika itu keadaan tidak sesuai untuk melancarkan lagu tersebut.

Azmir bagaimanapun berkata, dia tidak kesal ia diperap selama dua tahun kerana yakin ia akan diterima oleh pendengar yang mendengarnya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri.

"Bukan untuk menyaingi atau menandingi lagu raya sedia ada kerana sedar ia takkan dapat disamakan sama sekali tetapi lagu Pulang Ke Desa ini adalah sebagai usaha untuk menyemarakkan lagi tema berkenaan untuk masyarakat," katanya.

Sementara itu, Azmir memberitahu untuk raya tahun ini dia akan bercuti selama empat hari di kampung halamannya di Pulau Pinang sebelum berangkat ke Singapura untuk persembahan di sana.

Artikel Berikut

Artikel Lain