suria

Putera William & Kate Middleton Kunjungi Malaysia 13 September

Putera William bersama isterinya Kate Middleton.
Putera William bersama isterinya Kate Middleton.
Putera William bersama isterinya Kate Middleton.

PETALING JAYA: Pewaris takhta diraja Britain, Putera William bersama isterinya Kate Middleton akan melawat negara ini pada 13 hingga 15 September depan.

Keluarga diraja yang dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge itu hadir bagi memenuhi siri jelajah jubli emas Ratu Elizabeth II, demikian menurut Istana St James seperti dilaporkan portal www.redcarpet.net.my

Ketika menginap selama dua hari di Malaysia, baginda akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pasangan itu akan turut mengunjungi Sabah.

Sebelum ke Kuala Lumpur, mereka akan melawat Singapura yang dijadualkan pada 11 September.

Pasangan tersebut juga akan meneruskan lawatan ke Kepulauan Solomon.

Artikel Sebelum

Artikel Lain