suria

Liam Hemsworth Rangka Jenama Fesyen Sendiri

Miley Cyrus (kanan) bersemangat untuk membantu Liam Hemsworth memulakan perniagaan fesyen.
Miley Cyrus (kanan) bersemangat untuk membantu Liam Hemsworth memulakan perniagaan fesyen.
Miley Cyrus (kanan) bersemangat untuk membantu Liam Hemsworth memulakan perniagaan fesyen.

JIKA perniagaan fesyen sering didominasi oleh golongan selebriti wanita, nampaknya aktor Liam Hemsworth memberanikan diri untuk memiliki jenama fesyen sendiri.

Menurut laporan Contactmusic, pelakon berusia 22 tahun itu sedang merangka perniagaan tersebut dengan bantuan tunangnya, Miley Cyrus.

"Nampaknya Liam sudah memulakan langkahnya dalam perniagaan fesyen dan bakal muncul dengan jenamanya sendiri.

"Miley turut membantu meninjau rekaan pakaian lelaki yang terkini menerusi majlis-majlis persembahan fesyen yang dihadirinya di New York," kata sumber.

Dalam pada itu, Liam juga mula mempelajari cara-cara pengurusan perniagaan fesyen dengan seorang pakar fesyen yang akrab dengannya.

Sementara itu, difahamkan, Liam dan Miley yang mengikat tali pertunangan pada 31 Mei lalu bakal berkahwin pada tahun ini di mana tarikhnya masih lagi dirahsiakan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain