suria

Peminat Terkejut Taylor Swift Tampil Imej Seksi

Taylor Swift
Taylor Swift
Taylor Swift

PEMINAT penyanyi “country” popular iaitu Taylor Swift terkejut apabila artis itu tampil dengan imej seksi ketika menghadiri acara Teen Choice Award 2012 baru-baru ini.

Saat hadir ke permaidani merah anugerah tersebut, penyanyi yang popular dengan lagu You Belong to Me itu mengayakan sepasang gaun putih yang seksi.

Gaun tersebut nyata menyerlahkan belahan dada Taylor selain menampakkan bahagian belakang badannya sehingga mengejutkan peminat yang hadir.

Bagaimanapun pengkritik fesyen menyifatkan perubahan gaya Taylor menunjukkan kematangannya selain kelihatan cantik dan anggun.

Pada malam anugerah itu, Taylor berjaya menggondol lima trofi termasuk Artis Wanita Pilihan.

Artikel Lain