suria

Kehilangan Ibu Michael Jackson Akhirnya Terjawab

Katherine Jackson
Katherine Jackson
Katherine Jackson

SELEPAS ibu mendiang Raja Pop Dunia Michael Jackson, Katherine Jackson dikatakan hilang selama seminggu, spekulasi itu akhirnya terjawab dan dakwaan tersebut ternyata adalah tidak benar.

Menurut laporan Dailymail, Katherine telah mengikut saranan doktor untuk berehat dan kini dia berada di Arizona.

Wanita berusia 82 tahun itu cuba menjauhkan diri daripada pertelingkahan yang berlaku dalam keluarganya.

Sejak kematian Michael pada tahun 2009 lalu, keluarga Raja Pop Dunia itu tidak henti-henti bertelingkah antara satu sama lain melibatkan hal ehwal kewangan dan perundangan.

Dalam pada itu, ketiga-tiga anak Michael iaitu Prince Michael Joseph, Paris Michael dan Prince Michael II atau ‘Blanket’ tinggal bersama Katherine.

Selain itu, Katherine juga telah diwasiatkan Michael untuk menjadi salah seorang waris terdekat.

Pada 22 Julai lalu, stesen televisyen CNN telah melaporkan Katherine didapati hilang setelah gagal dihubungi oleh cucunya selama seminggu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain