suria

Johnny Depp Pikat Semula Bekas Kekasih

Johnny Depp dan Vanessa Paradis mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu.
Johnny Depp dan Vanessa Paradis mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu.
Johnny Depp dan Vanessa Paradis mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu.

PELAKON Johnny Depp telah cuba memikat semula semula bekas kekasihnya, Vanessa Paradis dengan menghadiahkan Paradis sebuah loket emas dengan tulisan 'My heart will always with you!'.

Menurut laporan thesun.co.uk, pelakon berusia 49 tahun itu memberi hadiah tersebut ketika bercuti bersama dengan dua orang anak mereka Jack, 9, and Lily Rose, 13, di kediamaannya di Plan de La Tour, Perancis.

"Walaupun sudah berpisah, Johnny dan Paradis ingin membuktikan kepada anak-anak bahawa mereka masih lagi sebuah keluarga yang kuat.

"Dan hadiah yang diberikan Johnny kepada Paradis pasti membuatkan hati wanita itu tersentuh.

"Johnny sememangnya mahu keluarganya kembali bersatu seperti biasa, malah dia seorang lelaki yang mengutamakan keluarga," kata sumber.

Johnny dan Paradis telah menjalinkan hubungan tanpa sebarang ikatan perkahwinan selama 14 tahun dan mengumumkan perpisahan mereka pada Jun lalu.

Artikel Lain