suria

Khloe Kardashian Hamil Anak Kembar

Khloe dan Lamar bakal menerima sepasang anak kembar.
Khloe dan Lamar bakal menerima sepasang anak kembar.
Khloe dan Lamar bakal menerima sepasang anak kembar.

NAMPAKNYA, keluarga Kardashian diisi dengan perasan bahagia dan gembira apabila diberitakan Khloe sedang hamil anak kembar.

Menurut laporan She Knows, Khloe dan suaminya, Lamar Odom, hanya memberitahu berita gembira tersebut kepada beberapa orang tertentu sahaja namun ia telah pun disebarkan.

"Mereka baru sahaja menjalani pemeriksaan dan ya, pasangan itu bakal menerima sepasang anak kembar.

"Pada mulanya mereka ingin merahsiakan perkara tersebut sehingga Kim Kardashian berkahwin kerana enggan dibayangi 'mood' perkahwinan Kim," kata sumber tersebut.

Difahamkan, Kim sedang merancang untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kanye West pada Ogos depan.

Artikel Lain