Pelakon Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung - Hiburan | mStar

Pelakon Ismail Hutson Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung

PETALING JAYA: Pelakon veteran Datuk Ismail Hutson, 73, meninggal dunia pada hari pertama umat Islam berpuasa, pukul 1.13 pagi Sabtu akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya dekat sini.

Isteri kedua Allahyarham, Hafidzah Khasbullah berkata, Ismail atau nama sebenarnya Ismail Omar telah mendapat rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.

"Selepas diberi rawatan, Allahyarham telah dipindahkan ke wad biasa. Tak sangka pula dia pergi secepat ini.

"Dia tidak menunjukkan tanda-tanda sakit teruk kerana memiliki semangat yang kuat melawan penyakit jantung yang dialami sejak lima tahun lalu.

"Saya agak sedih kerana tidak dapat berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga. Bagaimanapun saya reda dengan ketentuan Allah," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini Sabtu.

Jenazah telah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam dan dikebumikan sebelum Zuhur di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9 dekat sini.

Selain Hafidzah, Allahyarhan juga meninggalkan isteri pertamanya, Zaiton Osman dan tujuh orang anak.

Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran telah menceburi bidang seni hampir 20 tahun.

Filem terakhir Allahyarham adalah pada tahun 2003 iaitu Mr Cinderella yang turut menampilkan pelakon Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira.

Selain itu, Allahyarham juga sering membantu menjaga kebajikan artis tempatan.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Antara filem-filem lain yang dilakonkannya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984) dan Dayang Suhana (1978).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain