suria

Mariah Carey & Suami Sewa Banglo RM300 Ribu Sebulan

Mariah dan suaminya, Nick Cannon menyewa sebuah banglo dengan harga RM350,000 sebulan.
Mariah dan suaminya, Nick Cannon menyewa sebuah banglo dengan harga RM350,000 sebulan.
Mariah dan suaminya, Nick Cannon menyewa sebuah banglo dengan harga RM350,000 sebulan.

PENYANYI terkenal, Mariah Carey dan suaminya, Nick Cannon telah menyewa sebuah rumah banglo enam bilik di Hamptons, New York untuk menghabiskan masa sepanjang musim panas nanti.

Mariah dan Nick dilaporkan membayar sewa rumah tersebut sebanyak USD$150,000 (RM350,000) sebulan dan kediaman mewah itu dilengkapi dengan lima bilik air, kolam renang, bilik hiburan dan beberapa buah bilik tetamu.

Pasangan itu sentiasa berulang alik dari Los Angeles dan New York berikutan tuntutan kerja dan mengambil keputusan untuk menghabiskan masa sepanjang musim panas ini di sana.

Mariah juga mempunyai sebuah apartmen mewah di New York selain beberapa lagi kediaman di Los Angeles dan Bahamas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain