suria

Konsert Sami Yusuf 14 Julai Ini Ditunda

Sami Yusuf
Sami Yusuf
Sami Yusuf

PETALING JAYA: Konsert sulung penyanyi kerohanian antarabangsa Sami Yusuf iaitu Konsert Salaam yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini Stadium Malawati, Shah Alam ditunda atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Tarikh baru konsert berkenaan akan diumumkan kelak.

Menurut kenyataan dikeluarkan penganjur konsert, Offshore Entertainment Production Sdn Bhd pada pagi Khamis, para pemegang tiket konsert dinasihatkan menebus semula tiket-tiket daripada wakil rasmi agen tiket di www.airasiaredtix.com dalam tempoh 14 hari daripada tarikh jadual konsert.

Populariti penyanyi kelahiran Tehran ini melonjak di peringkat global selepas dia muncul dengan album sulung Al Mu'allim pada 2003.

Sami yang mempunyai jumlah peminat mencecah 2 bilion orang mendapat jolokan 'Bintang Muslim Terbesar' oleh majalah Time dan 'Muslim British Paling Popular Di Dunia' oleh The Guardian.

Terbaru, Sami mengadakan konsert pada Ahad lalu di Stadium Tertutup Singapura.

Artikel Sebelum

Artikel Lain