Aksi Rihanna ketika mengadakan persembahan di Barclaycard Wireless Festival di Hyde Park, London, Ahad lalu. - Foto AP LONDON: Tindakan penyanyi Rihanna membeli semua menu makanan Portugis ketika dia mengadakan persembahan di Barclaycard Wireless Festival di Hyde Park di sini baru-baru ini, memaksa operasi restoran makanan itu ditutup.“Rihanna membeli setiap jenis hidangan di restoran itu dan meminta makanan tersebut dihantar terus ke belakang pentas tempat dia mengadakan persembahan. "Cakap-cakap di belakang pentas mendakwa jumlah tempahan makanan berkenaan mencecah RM35,000 (PGB7,000). Operasi restoran itu terpaksa dihentikan dan ditutup selepas itu kerana kehabisan stok makanan."Semua yang mengetahui cerita itu ketawa dan berkata hanya Rihanna boleh melakukan perkara sedemikian,” kata satu sumber yang juga pekerja restoran itu seperti dipetik contactmusic.com.