suria

Katy Perry Belum Bersedia Bercinta Selepas Bercerai

Katy Perry
Katy Perry
Katy Perry

LONDON: Penyanyi Katy Perry menolak sekerasnya-kerasnya khabar angin yang mendakwa dia sedang bercinta dengan pemuzik rock Robert Ackroyd kerana ia bukan waktu yang sesuai untuk dia menjalinkan hubungan yang serius dengan sesiapa pun.

Penyanyi yang bercerai dengan pelawak Russell Brand pada Disember tahun lalu itu didakwa mula menjalin hubungan dengan pemain gitar kumpulan Florence and the Machine itu pada festival Coachella di California, April lalu.

Bagaimanapun, dailystar.co.uk melaporkan, Perry menegaskan dia belum bersedia untuk bercinta pada waktu ini.

“Dakwaan itu adalah kurang sesuai diperkatakan. Memang ada ketikanya saya akan keluar dan berkenalan dengan beberapa lelaki tetapi ia tidak sesuai untuk saya menjalinkan hubungan yang serius sekarang.

“Apa yang penting bagi saya pada waktu ini adalah untuk mencari penawar bagi memulihkan perasaan saya dan bukannya cinta,” katanya kepada akhbar USA Today.

Artikel Sebelum

Artikel Lain