suria

Eva Longoria Temui Kekasih Bintang Sukan

Eva Longoria.
Eva Longoria.
Eva Longoria.

BARU berpisah dengan Eduardo Cruz, pelakon Eva Longoria dikhabarkan telah mempunyai pengganti kepada bekas kekasihnya itu.

Majalah In Touch melaporkan, Eva sekali lagi memilih bintang bola keranjang sebagai pasangan dan dipercayai sedang hangat bercinta dengan bintang NFL iaitu Mark Sanchez.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat Eva, mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan belum berada di tahap serius.

"Mereka tidak bercinta tetapi sedang mengenali hati budi masing-masing," katanya sumber itu.

Menariknya, Eva dikatakan telah menggunakan rambut palsu untuk menyamar setiap kali bertemu dengan Mark bagi memastikan tiada pihak yang perasan kehadirannya apabila bersama bintang bola keranjang itu.

Eva sendiri sebelum ini pernah berkahwin dengan pemain bola keranjang iaitu Tony Parker yang telah berakhir dengan penceraian sebelum menjalinkan hubungan dengan Eduardo dan berpisah pada bulan Jun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain