suria

'Isteri' Usher Pecah Masuk Rumah

Usher Raymond.
Usher Raymond.
Usher Raymond.

SEORANG wanita yang mengakui dirinya isteri kepada penyanyi terkenal Usher telah ditangkap selepas didapati cuba menceroboh masuk ke kediaman penyanyi itu.

Seperti dilaporkan Daily Mail, wanita yang dikenali sebagai Darshelle Jones-Rakestraw, 26, itu turut didapati mengalami masalah mental dan diarahkan untuk dirujuk ke hospital pakar.

Sebelum itu, wanita tersebut telah masuk ke rumah Usher tanpa kebenaran dan berdalih bahawa dirinya sama sekali bukan penceroboh dan dia adalah ahli keluarga penyanyi itu.

Tidak tahan dengan kerenah wanita berkenaan, Usher telah membuat laporan polis untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Saya adalah isteri Usher dan bukannya penceroboh. Dia sering mengadu mengenai kesakitannya dan soal hak penjagaan anak," ujarnya.

Artikel Lain